Takut dari
segi tabii umpama takutkan ular , takut dari segi syarie bermakna patuh
dan turut pada ALLAH . Patut pada ALLAH kita akan selamat , ALLAH akan
tolong walau di mana kita berada.
Takut pada ALLAH mengikut tahap kita kenal ALLAH , semakin kenal semakin takut kita kepada ALLAH , takut utk meninggalkan suruhan dan melakukan larangan .
Jibrail takut kepada ALLAH umpama kain buruk yg. tiada nilainya ,melakukan apa saja demi Tuhannya.
Semakin
bertambah ilmu sepatutnya semakin kita takut kepada ALLAH dan semakin
bertambah ilmu sepatutnya semakin bertambah amalan .
Imam
Abu Hanifah (mazhab Hanafi ) takut kepada ALLAH sehingga tidak tidur
malam selama 40 tahun .Wudhu isyanya boleh di bawa ke subuh .
Az-Zariyat
(15) sesungguhnya orang2 yg. bertakwa adalah di tempatkan di dlm
beberapa taman syurga . dengan mata air- mata air terpancar padanya (16)
kedaan mereka disana sentiasa menerima nikmat dan rahmat yg. di berikan
kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesunguhnya mereka di dunia dahulu adalah
orang2 yang berbuat kebaikan (17) Meraka sentiasa mengambil sedikit
sahaja : Masa dari waktu malam , untuk mereka tidur .
Takutlah kepada ALLAH yang menguasai Rahim .
An-Nisa (1) Wahai sekalian manusia ! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula ) dari diri yang satu (Adam ) dan yang menjadikan daripada
pasangannya (isteri iaitu Hawa ) dan juga yang membiakkan dari keduanya
zuriat keturunan , lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah
kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya.
Bertakwalah untuk berjaya ;
Al-Maidah (100) katakanlah (wahai Muhammad ) : Tidak sama yang buruk dgn. yang baik , walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu . Oleh itu bertakwalah kepada ALLAH wahai orang2 yang berakal fikiran , supaya kamu berjaya .
*mudah2han kita akan jadi hamba ALLAH yang sentiasa bertakwa kepadaNYA...amiin..amiin...amiin
Al-Maidah (100) katakanlah (wahai Muhammad ) : Tidak sama yang buruk dgn. yang baik , walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu . Oleh itu bertakwalah kepada ALLAH wahai orang2 yang berakal fikiran , supaya kamu berjaya .
*mudah2han kita akan jadi hamba ALLAH yang sentiasa bertakwa kepadaNYA...amiin..amiin...amiin
0 komentar:
Posting Komentar